Program Infaq Kurma Ajwa ini adalah program infaq kurma Ajwa yang kami akan hantarkan kepada jemaah masjid, pelajar-pelajar pusat tahfiz, madrasah dan juga rumah anak-anak yatim sepanjang bulan Ramdhan tahun ini.
Program ini susulan daripada program Infaq Dana Pembangunan Madrasah yang dijalankan. Pihak Kami bertanyakan kepada pihak pengurusan masjid, madrasah, tahfiz & rumah anak yatim ini jika ada sebarang keperluan yang diperlukan.
Kebanyakan tahfiz atau rumah anak yatim ini, mereka menyatakan hasrat kalau ada infaq kurma sebagai sebahagian agihan juadah berbuka sepanjang bulan Ramadhan untuk para jemaah, pelajar madrasah, tahfiz & anak-anak yatim.
Kami di Sahabat Al Kahf mengambil inisiatif ini untuk menganjurkan Program Infaq Kurma Ajwa Al-Kahf ini setelah mengambil kira keperluan anak anak ini dan juga kelebihan kepada para pewakaf.
Infaq makanan untuk mereka yang berbuka puasa pasti memberi kelebihan dan ganjaran pahala yang besar. Bayangkan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan, kita berpeluang untuk memberi makan, peroleh pahala seperti mereka, InsyaAllah.
" KELEBIHAN INFAQ MAKANAN (KURMA)"
Hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.
Riwayat Al-Tirmizi (807)
" TIDAK AKAN BERKURANG HARTA ORANG YANG BERSEDEKAH "
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
![]()
Setiap pembayaran dan penyertaan Infaq Kurma Ajwa ini, akan diberikan resit rasmi Program Infaq Kurma Ajwa Al-Kahf. Pihak kami juga akan update gambar dan juga lokasi penghantaran kepada setiap penderma selepas tajaan kurma tersebut dihantar, InsyaAllah.
![]()
Jika pihak tuan / puan berminat untuk infaq kurma bersama kami , kami menyediakan harga pakej ini untuk memudahkan urusan tuan/puan :
20 Pelajar : RM 1,000
10 Pelajar : RM 500
6 Pelajar : RM 300
3 Pelajar : RM 150
2 Pelajar : RM 100
1 Pelajar : RM50
Untuk Pembayaran Secara Manual / Bank Transfer / CD , Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Bank : CIMB
Nama Akaun : Al-Kahf Resources
No Akaun : 8605465584
LAFAZ AKAD WAKALAH (WAKIL)
"Saya (Nama Peserta) bersetuju mewakilkan Al-Kahf Resources menguruskan infaq kurma bagi pihak saya dengan bayaran (jumlah harga yang perlu dibayar) untuk (1 pek kurma), kerana Allah Taala."
Baca akad ini ketika bayaran dibuat.
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay , selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada Al-Kahf Resources . Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Untuk pembayaran menggunakan DEBIT/CREDIT boleh menggunakan payment gateway STRIPE.